2010 melabuhkan tirainya, 2011 pula memancarkan sinarnya. Cepat sungguh masa berjalan sehingga saya lelah untuk mengejarnya agar ia tidak meninggalkan saya. Sepanjang 2010 berbagai suka dan duka tertulis dan terukir. Pengalaman 2010 juga mematangkan saya untuk terus melangkah dengan berani.
2010 in review:
1- MRC. (Mahallah Representative Community). Bermula dari main-main saya sendiri tak sangka yang permohonan main-main saya diterima malah saya sendiri terkejut. Sewaktu semua calon-calon di panggil untuk mengadap principal kami sekali lagi dikejutkan dengan election tertutup untuk menentukan post kami. Maka election pun bermula. Tanpa rela dan persetujuan saya mereka telah mengundi saya, malah yang paling mengejutkan saya menang post President. Sejak itu hidup saya berubah…
2- McLead. Program yang bermula awal ramadhan. Pengisiannya dan objective program ini simple, untuk mendedahkan semua MRC tentang dunia MRC dan merapatkan silatullrahim kami sendiri.
3- Convest. Banyak yang saya belajar dari CONVEST. Yang paling best kena marah..he3.. waktu inilah kita dapat lihat gelagat dan ragam manusia. Ada yang guna emosi bila berbicara, ada yang sabar bila di marah malah ada yang cool waktu kena sindir. Begitulah, ragam manusia dan warna kehidupan.
4- Ramadhan. Ramadhan 2010 memang best. Nak tahu kenapa? Sebab ia yang sentiasa diriuhkan oleh gelagat dua orang sahabat saya yang tak pernah duduk diam. Ditambah pulak dengan penambahan ahli baru yang baru sahaja mendaftar masuk sem 3 2010/2011. Welcome to club :P . Sepanjang ramadhan macam-macam aktiviti kami lakukan bersama: bermula dari bersahur, beli makanan untuk iftar sampailah terawih. Seronokkan? Pasti kenangan ini kita albumkan untuk kita perdengarkan kembali pada anak-anak kita.
Banyak lagi rentetan 2010 yang tercorak dalm kanvas hidup saya… tapi tak kan nak tulis semua kot. Kita kongsi yang perlu je yang lain biarlah rahsia.
Apa pun kehadiran 2011 akan saya sambut dengan senyuman terindah kerana saya ingin mengukirkan segala keindahannya walaupun saya sendiri tidak pasti adakah 2011 akan menjanjikan kebahagian untuk saya.
2 comments:
selamat taun baru :) semoga Allah mempermudahkan segalanya ;)
same goes to u :)
Post a Comment