Thursday, October 3, 2013

:sekian lama:


Sudah hampir 8 bulan saya tinggalkan blog ini. Maaf komitmen terlalu banyak hingga saya terpaksa korbankan diari di alam maya ini. Moga pelangi akan terus mewarnai langit. 


Warnailah langit dengan warna yang berbagai agar tiada yang jemu melihatmu

Tuesday, February 26, 2013

:Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique:


Mood yang kurang menentu membuat hati ini melompat-lompat untuk melarikan diri dari beban tugas. (lagu ini tiada kaitan ke?)

Lirik Lagu Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Friday, February 15, 2013

:2013:

Hampir sebulan 2013 telah berlalu,
alhamdullilah tirai 2013 menjanjikan suria yang terang 
untuk insan-insan yang tahu untuk menghargainya. 
Kenangan pahit saya simpan rapi dalam kotak rahsia 
agar ia tidak menjadi halangan untuk saya teruskan cita-cita saya. 
Perjuangan masih panjang.

Saturday, December 29, 2012

:Rentetan 2012:


Rentetan 2012:

Bulan 1: Saya masih lagi bergelar pelajar degree tahun akhir semester 2 di Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia, Gombak. 6 tahun saya menggalas status pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Jangka waktu yang lama saya kira. Lebih sinonim dengan gelaran 'Taman Ilmu dan Budi' ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Bercampur dengan pelbagai bangsa dan keturunan, pangkat dan status, kawan dan lawan membuat saya tahu menilai erti kehidupan. Terima kasih kehidupan untuk pengalaman! 


Bulan 2: Selama setahun setengah saya bergelar 'president' kepada salah satu kolej kediaman (mahallah) di IIUM ini dan akhirnya secara rasminya saya telah melepaskan jawatan itu. Alhamdullilah. Terasa ringan beban di bahu ini. Bermula dari kosong dengan pantas saya berlari untuk belajar menjadi ketua. Dalam kekalutan untuk membina kekuatan diri, Allah hadiahkan saya dengan insan-insan hebat. Mengajar, memotivasikan, membantu diri yang lemah ini. Terima kasih kalian untuk jasa baik kalian!

Bulan 3: Langit tidak selalunya cerah, adakalanya Allah akan menguji kita dengan pelbagai dugaan. Demam yang berpanjangan, disahkan mengidapi pelbagai penyakit kronik membuat saya sedar yang hidup ini hanya sementara. Berulang alik ke hospital, klinik adakalanya membuat saya penat dan hilang semangat. Semuanya saya pendam sendirian. Menahan kesakitan di hati lebih perit dari menahan kesakitan akibat tusukan jarum-jarum di hospital. Namun, Allah tahu yang terbaik. Dihadirkannya sahabat yang selalu menemankan diri ini. Saya kutip kembali semangat itu, lalu saya bina tembok kekuatan. Semuanya saya hadapi dengan sabar. Terima kasih sahabat untuk motivasimu!


Bulan 4: Kehidupan ini harus diteruskan. Jalan yang masih panjang untuk dilalui. Alhamdullilah, tawaran sebagai Research Assistant oleh INSTED, saya sambut dengan hati yang gembira. Peluang untuk saya meneroka ilmu Research Methodology. Menukarkan teori untuk menjadi praktikal. Payah pada mulanya tapi itu bukan alasan. Research Officer saya banyak membantu untuk mengajar kanak-kanak yang masih mentah dalam bidang kajian dan penyelidikan ini dan akhirnya research ini berjaya disiapkan. Tahniah untuk semua, dan Terima kasih Kak Nina untuk ilmu yang baru! 

Bulan 5: Akhirnya, saya berjaya menduduki peperiksaan akhir sebagai pelajar degree di IIUM. Sayu hati ini. Adakah perjalanan ilmu saya sampai di sini. Sebak melihat kembali kenangan yang saya telah lalui sepanjang 6 tahun bergelar mahasiswa. wajah pensyarah, officer, sahabat, rakan mula menari-nari di kelopak mata. Terima kasih warga IIUM untuk ilmu yang telah saya pelajari sepanjang bergelar mahasiswa.


Bulan 6: Aku hamba, DIA pencipta. Panggilan telefon yang mengejutkan kami sekeluarga membuat kami tersentak. Nenek telah tiada. Nenek telah bertemu Penciptanya. Kami belajar erti redha. Kenangan bersamamu nenek masih utuh bersama kami. Jenazahnya disemadikan dengan tenang. 


Bulan 7: Panggilan untuk menjadi guru sementara untuk sebuah sekolah swasta saya sambut dengan hati yang ikhlas. Bukan senang untuk menjadi guru tapi lagi payah sekiranya pentadbiran sekolah itu tidak tahu belajar untuk menghargai guru. Pengalaman saya bersama anda membolehkan saya tahu warna sebenar anda.
  

Bulan 8: Belum sempat kami sekeluarga merasai sakitnya sebuah kehilangan kali ini saya sekali lagi kehilangan pak cik bongsu saya. Ya Allah, saya bersamanya di saat-saat hujung nyawanya. Tangisan saya tidak dapat dibendung. Akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya disisi isterinya. Saya tahu bukan mudah seorang isteri yang baru menginjak usia 28 tahun untuk kehilangan suaminya. Ya Allah, kami diuji lagi. Dalam diam saya menangis sendirian.   


Bulan 9: Guruh dan petir takkan berpanjangan. Allah hadiahkan kami pelangi. Hadir insan-insan istimewa dalam keluarga kami membuat kami tersenyum. Selamat datang ke keluarga besar kami :) Belajarlah untuk menerima kami sekeluarga dengan sabar.


Bulan 10: Ibarat burung yang baru terbang begitulah dengan perniagaan saya. Ia mula belajar untuk melebarkan sayapnya. Belajarlah untuk terbang tinggi walaupun jatuh usah cepat mengalah. 


Bulan 11: Rezeki Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang selalu meminta padaNya. Alhamdullilah, saya menerima tawaran bekerja sebagai administrator di sebuah pusat bahasa. Belajar dan terus belajar. Jangan mudah mengalah. DIA tahu yang terbaik untuk hambaNYA.


Bulan 12: Dan akhirnya, saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya secara sah dengan SSM. Alhamdullilah, biizniAllah. 

Buat diri,
Bersabarlah dengan ujian, 
Belajarlah dengan kehidupan,
Bertabahlah dengan kesakitan,

Kerana ini akan membuatkan dirimu istimewa.

Selamat Datang 2013. Kita bakal mewarnai 2013 dengan warna-warna pelangi.

Wednesday, December 26, 2012

:tirai 2012:


Tatkala labuhan tahun 2012 makin menurunkan tirainya...saya makin keliru dan resah. Tahun ini akan berlalu pergi, pergi membawa beribu kenangan manis dan pahit. Terlalu banyak memori yang saya simpan untuk tahun ini.

Saya tahu, pasti akan ada dugaan yang akan mematangkan hidup saya namun adakalanya saya tidak mampu. Kaki ini terluka, hati ini pedih.

Untuk yang mengerti, saya hargai sokongan kalian pada saya.

Namun, pada yang tahu bercakap. Anda tidak layak menilai secara kasar kerana anda tidak pernah tahu hal sebenar malahan anda selalu butakan mata, pekakkan telinga, bisukan mulut untuk mengetahui hal sebenar. Kepercayaan saya pada anda sudah tiada.

Mode: Aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu, teruskan hidup jangan sebut namaku...

Friday, December 21, 2012

:Doa:

Doa Memohon Mendapat Anak Yang Soleh -

Majalah al-Ustaz isu 09:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Furqan: ayat 74)



sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=483225221720509set=a.347617158614650.79008.347615938614772&type=1&ref=nf

Thursday, December 20, 2012

:tQ:

Lelah, Letih, Longlai….

Komitmen makin bertambah. Masa perlu diatur dengan sebaik mungkin. 

Jadual hidup adakalanya makin berterabur. 

Namun, dalam kepayahan ini Allah hadirkan individu-individu yang selalu meringankan beban. 

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik ‘mereka’.