Salam maulidul rasul untuk semua.
Sudah lama rasanya blog ini tak di biarkan sepi bukan apa ini kerana komitmen saya pada hal-hal lain menyukarkan saya untuk terus menulis dalam blog ini lagipun blog ini wujud bukan lah untuk menjadi buah mulut orang ataupun tontonan umum cukuplah ia hadir tanpa di sedari oleh sesiapa.
Namun hal ini berbeza dengan kewujudan Islam dan Pesuruh Allah. Kewujudan mereka sewajarnya dihebahkan dan disebarkan. Tanpa insan yang bernama Muhammad itu tidak mungkin kita dapat merasai nikmat iman dan islam itu. Kecekalan dan keteguhan hati insan itu dalam membela ummatnya sewajarnya menjadi teladan buat semua pemimpin, malah disaat akhir hayatnya ummatnya masih menjadi keutamaan beliau. Ya Allah, insan itu sungguh mulia dan dia adalah kekasihMu.
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
No comments:
Post a Comment