Alhamdullilah program INTERMEX baru sahaja selesai. Perasaan saya bercampur baur, antara gembira, penat, dan letih. Program anjuran bersama antara Mahallah Ruqayyah dan Mahallah Ali dengan penglibatan seramai 30 orang peserta yang majoritinya adalah international students dan 20 orang committee. Walaupun hanya 30 orang peserta tapi kami menjaga mereka ibarat menjaga 100 orang kanak-kanak ribena. Penat sangat.
Sepanjang program itu pelbagai ilmu dapat mereka ambil tapi objektif utama program ini ialah mengenali kebudayaan melayu dan Alhamdullilah mission is complete. Antara aktiviti kami disana ialah memancing ikan, melihat kelip-kelip, melawat kilang padi, dan bermalam bersama keluarga angkat… rasanya setakad itu dulu progress program ini kerana saya masih lagi keletihan.
No comments:
Post a Comment