Thursday, March 17, 2011

berita itu

Entah dari mana tiba-tiba khabar angin yang kurang enak sampai ke telinga saya. Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Sakit hati dan marah. Saya buntu mencari jalan penyelesaian. Saya cuba mencari di mana silap saya.

Dalam terus meneliti permasalahan itu saya tersedar semuanya berpunca dari silap faham yang mana kata-kata saya silap ditafsirkan. Emm, semuanya perlu saya jelaskan kembali. Tapi keengganannya untuk mendengar penjelasan saya dan terus untuk berpegang dengan apa yang dia faham membuatkan saya merasa ‘lantak la’…

Susah dan rimas bila sesetengah pihak suka memutar belikkan cerita. Menokok tambah dengan menambah pelbagai rencah dalam cerita itu. Mudah betul membuat konkluksi sendiri, membuat keputusan sebelum mendengar hujah dari kedua-dua pihak. Bila emosi mengawal diri, akal yang rasional sudah hilang pertimbangan.

p/s: Put your mind over your emotion.

No comments: