Saturday, May 28, 2011

Jagalah kami

Malam semalam, pintu bilik saya diketuk oleh seorang adik junior. Dalam keadaan menangis dia menceritakan sesuatu yang tidak diingini telah berlaku pada dirinya. Tersentak sebentar dengan kejadian tersebut. Tangisannya pula makin kuat sehingga saya sendiri hilang akal untuk memujuknya. Dalam hati saya berbisik, Ya Allah kuatkan semangatnya. 

Sebagai insan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap mahallah dan penduduknya, pihak security telah dihubungi disamping makluman pada principal dan fellow. 

Namun, saya berfikir bagaimana kejadian ini boleh berlaku sedangkan mahallah kami dikawal ketat? Siap berpagar lagi… 

Namun, itulah keterbatasaan manusia. Dan Allah, sebaik-baik penjaga. Ya Allah jagalah kami semua kerana engkau sebaik-baik penjaga.

No comments: