Selepas debaran menduduki exam berlalu pergi bertandang pula debaran untuk menerima sebuah keputusan. Hasil yang kita tuai sesudah hampir 4 bulan kita semainya di bumi bertuah IIUM.
Adakalanya kita bergembira dengan kejayaan yang diraih tapi adakalanya pula kepahitan yang terpaksa ditelan tapi ketahuilah dalam mendalami ilmu itu tiada pernah wujud istilah gagal, cuma mungkin nasib kamu tidak baik.
Dari jauh kedengaran suara sedih seorang insan yang meluahkan rasa terkilan dan sedih tatkala dia gagal untuk beberapa subject. Rasa cemburunya pada rakan yang berjaya menyebabkan dia merasa rendah diri. Dalam sendunya saya tahu dia sangat sedih dan kecewa. Bersabarlah kawan.
Untuk kawanku, mungkin itu ujian Allah untuk kamu. Segulung ijazah tak bermakna sekiranya graduan itu gagal untuk memahami ilmu itu. Belajar dan memahami ilmu adalah dua komponen yang berbeza. Biar lambat untuk memahami ilmu Allah tetapi akhirnya anda memahaminya dengan sebenar-benar pemahaman bukan hanya belajar untuk mendapat kelulusan yang baik. Doa saya sentiasa dan bersama anda. InsyaAllah saya akan bantu anda kerana Dia.
No comments:
Post a Comment