Friday, June 24, 2011

:Hak Muslim:

Sahabat A: Kenapa awak tak bagitahu yang awak tak sihat?
Saya: Tak de apa pun. Sikit jer.
Sahabat A: Awak kata sikit?Sampai nak jalan pun tak boleh?
Saya: Apapun, terima kasih sebab sudi datang jenguk saya.
Sahabat A: Sama-sama. Lagipun ini adalah hak awak. Hak Muslim terhadap muslim.

Dalam kesibukkan dunia yang makin mencabar, masih ada lagi sahabat yang berfikiran seperti A. Terima kasih, Ya Allah mengurniakan sahabat seperti itu. 

Saya tak nafikan benar kata-kata A, apabila seorang muslim itu sakit maka itu sudah menjadi hak kita sebagai muslim untuk menziarahi dan mendoakannya. Namun berapa ramai dari kita sedar akan hak muslim lain yang perlu kita penuhi? Ingatlah sahabat, dalam hak kita ada hak orang lain. 

Muslim itu bersaudara. Tapi adakalanya kita memilih untuk bersaudara. Tak salah memilih tapi jangan melampau. Terlalu taksub pada sesuatu jemaah sehingga orang yang berada diluar jemaah tidak layak untuk kita penuhi hak mereka. Sedangkan mereka juga sebahagian dari orang mukmin yang punyai hak untuk kita penuhi. Adakah kita terlalu hebat sehingga boleh meletakkan batu sempadan dalam membuat kebaikan. Iaitu membuat kebaikkan pada orang tertentu sahaja. Tepuk dada, tanyalah iman. 

Sebagai muslim jangan memilih dalam bersaudara, bersaudara seramai mungkin. Jangan terlalu lantang bercakap, bahawa ummat Isam sekarang lemah kerana kita berpecah tapi secara tak langsung kita juga yang menyumbang kepada pepecahan itu. 

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallaahu anhu, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullaah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Hak muslim atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu ya Rasulullaah?”
Rasulullaah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya;
Apabila dia mengundangmu, maka penuhilah undangannya;
Apabila dia meminta nasihat kepadamu maka berikanlah nasihat kepadanya;
Apabila dia bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, maka ucapkanlah yarhamukallah;
Apabila dia sakit maka ziarahilah;
Apabila dia meninggal dunia maka hantarkanlah sampai ke kuburnya.” 

Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat, jangan zalim pada muslim lain. Tidak menunaikan hak muslim lain juga boleh menyebabkan kita zalim pada muslim lain. Hidup adalah untuk memberi, berkongsi, dan berkasih sayang.


p/s: Terus teringat ‘madrasah akhlak’, madrasah yang banyak membantu saya untuk membentuk akhlak muslim. Apa itu madrasah akhlak? Tunggu...~

1 comment:

hafeez said...

thanks..4 da info..