Saturday, July 16, 2011

:ikatan tali:


Sahabat A: Awak tahu tak apa kaitan ikatan tali ini dengan kita?

Saya: Apa?

Sahabat A: Ia ibarat hubungan kita, dua utas tali yang berbeza namun mampu disatukan dalam sebuah ikatan. Malah makin ditarik, makin sukar untuk dileraikan. 

Sahabat yang saya kira petah dan berhikmah dalam butir bicaranya. Setiap tegurannya mampu saya terima dengan hati terbuka. Dia banyak mengajar saya untuk menjadi dewasa. Namun, kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan segalanya. Kehilangannya membuat saya hilang arah. Tak mungkin dia akan kembali lagi. Saya perlu lepaskannya pergi, kerana dia bukan milik saya. Sahabat, ketahuilah ikatan tali itu masih erat dan sukar untuk dileraikan dan saya masih setia menyimpannya. 

Begitu indahnya sebuah persahabatan andai tiada rasa curiga antara satu sama lain, ada rasa ingin memberi dan menerima, sudi menjadi pendengar yang setia, menjadi kaunselor yang terbaik tatkala sahabat itu membutuhkan nasihat. Namun terasa amat mengecewakan andai dalam ikatan persahabatan itu perlu ada rasa sangsi dan was-was lalu timbullah rasa dihati untuk menguji keikhlasaan sahabat itu. Semakin anda menguji sahabat itu semakin jauh dia dari anda. Apabila dia sudah pergi jangan harap untuk dia kembali lagi.

Sahabat anda juga adalah manusia biasa, adakalanya dia juga membuat silap. Jangan harap kesempurnaan dari insan biasa. Tatkala salam persahabatan berputik jangan sesekali bajainya dengan rasa curiga kerana saya bimbang persahabatan yang terjalin tidak akan kekal lama. Belajarlah untuk menerima dia seadanya. Lengkapi hidupnya. 

No comments: