Apabila sakit belakang, semua pergerakan terasa tidak kena, malah ada yang tidak dapat melakukan sebarang kerja kerana masalah ini.
Boleh dikatakan semua orang pernah merasai bagaimana peritnya apabila belakang badan, terutama pada bahagian bawah tulang belakang, terasa sakit. Bahagian bawah tulang belakang menerima paling banyak tekanan, terutama ketika kita duduk berbanding apabila berdiri atau baring. Ini sebabnya kita berasa sakit belakang jika duduk terlalu lama dan masalah ini boleh diatasi dengan berehat, bangun dan berjalan-jalan seketika sebelum menyambung kerja.
Tulang belakang adalah struktur yang sangat unik. Ia membabitkan 33 tulang vertebra dan di antara setiap tulang mempunyai satu cakera mengandungi cecair yang berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah keanjalan (supaya tulang belakang boleh dilentur ke sisi, depan dan belakang) serta mengagihkan berat badan dengan seimbang.
Dan inilah yang berlaku pada saya iaitu cakera tergelincir (terkeluar sedikit dari kedudukan asalnya) kesan daripada terjatuh beberapa tahun lepas. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Oleh itu rawatan sementara sekarang adalah saya perlu membetulkan kembali struktur atau kedudukan tulang belakang dengan melakukan senaman khas untuk tulang belakang dengan bantuan ahli fisiologi. Malah saya diwajibkan untuk menghadiri rawatan fisiologi dua kali seminggu. Di samping saya juga dilarang untuk membuat sebarang aktiviti lasak atau mengangkat benda-benda berat. Oleh itu sayangilah tulang belakang anda.
2 comments:
tu tarbiyyah Allah sbg tnda sygNya pd kita...moge anda sentiasa dilimpahi kekuatan untuk mngharungi ujian hebat ini...Allahu musta'an...sy sntiasa doakan kesejahteraan anda ..syg anda! :)
terima kasih krn doakan saya~allahuamin
Post a Comment