Saturday, August 6, 2011

:kerja-kerja yang best:

Hampir seminggu saya bercuti dan berada disamping keluarga yang tersayang. Namun, hati ini masih bertaut di taman budi dan ilmu setelah pelbagai kenangan terukir disana. Taman ini mendewasakan saya. Mengajar saya untuk menjadi manusia yang tabah. Tatkala rakan-rakan lain pulang ke kampung halaman saya masih lagi disana. Komitmen yang termetrai mengikat saya untuk terus berkhidmat.

Mahallah Ruqayyah
Berkhidmat dan berbakti di mahallah sendiri membuat saya sedar bukan mudah untuk menguruskan mahallah yang ‘elite’ ini. Kerenah manusia yang pelbagai adakalanya membuat saya pening. Tapi pengalaman inilah membuat saya sedar jangan terlalu menyalahkan pihak pengurusan mahallah, fahami mereka dahulu sebelum bercakap.

~key tagging, tiap-tiap hari kena susun kunci~
~antara suasana office walaupun dah habis office hour. office besar tapi orang tak ramai~

~tagging yang mencecah beratus-ratus pillow, bedsheet, pillowcase, towel~

~hasilnya~

~keadaan di kaunter~

~recharge eletrik, rasanya mahallah ini je yang ada mesin ni~
~inilah human power di mahallah ruqayyah~

Madrasah Akhlak

Madrasah AlHijrah adalah antara program terbitan TV AlHijrah yang berdurasi selama dua jam pada hujung minggu. Yang mana, ia akan membawa kelas pengajian ilmu ke versi televisyen.

Madrasah AlHijrah adalah usaha stesen ini untuk menjadikan budaya pengajian ilmu berasaskan kitab yang selama ini dikenali sebagai kelas pengajian di surau atau masjid, atau dianggap sebagai pengajian pondok dalam definisi tradisonal, dapat dinikmati di televisyen.

Empat ilmu utama Islam iaitu akhlak, akidah, syariah dan al-Quran melalui pengajian kitab yang dikendali ustaz-ustaz pilihan, akan membantu penonton mendalami ilmu agama melalui televisyen. Usaha ini bagi meningkatkan lagi penguasaan asas agama di kalangan umat Islam.
Inilah antara pengalaman yang akan saya simpan sampai bila-bila. Hadiah yang paling berharga.

~kitab-kitab yang kami gunakan~
~wajah-wajah ceria kami~

~persiapan sebelum penggambaran~

~bersama ustaz kami, Ustaz Roslan~
~kami dibantu oleh pelajar practical UUM (yang bertudung hitam)~

~inilah kami mewakili madrasah akhak~

2 comments:

shazni hj muda said...

awak buat saya jadi super-duper rindu.....huhuhu ...syg awak setulusnya...moga kebahagiaan jadi milik kita biiznillah:D

pelangi said...

Saya pun sama. Kamu semua tetap dihati ini. Jarak mampu memisahkan kita tapi memori bersama pasti dekat dihati~