Tuesday, August 2, 2011

:Ramadhan:

Alhamdullilah, kali ini saya masih lagi dijemput untuk menjadi tetamu ramadhan. Ramadhan Kareem, Allahu Akram. Tiada kata secantik bahasa yang mampu dituturkan tatkala bulan ini bertandang dan sudi untuk menjadi tetamu kita. Janji dan azam saya kali ini untuk mempertingkatkan qualiti ibadah ramadhan kali ini.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” 
(Al-Baqarah: 183). 

Ramadhan bukan hanya ibadah menahan keinginan pada makanan atau minuman tapi ia lebih dari itu, kita juga perlu untuk menahan keinginan pada segala perkara yang haram. Persoalannya, adakah hati kita benar-benar dapat menghayati tuntutan tersirat dari perintah ‘menahan diri’ ?

Dalam kepayahan untuk patuh kepada perintah Allah ini, hati pasti bergolak, bermain-main dan bergelut dengan nafsu yang memang sentiasa mengajak untuk memenuhi semua keinginan pada perkara-perkara yang haram itu. Payah untuk bermujahadah namun yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNYA.

Hargailah madrasah ramadhan kali ini, agar nikmat ramadhan kali ini dapat kita rasai. Lakukanlah yang terbaik, kerana mungkin inilah ramadhan terakhir kita.

No comments: