Monday, August 15, 2011

:tidak semudah yang disangka:


Ramadhan masih bersisa, namun amalan saya masih lagi berada di paras statik. Saya perlu perubahan kerana saya risau andai ini adalah ramadhan terakhir saya. Berbekalkan ilmu yang dipinjamkan dariNya, saya berkongsi dengan insan lain. 

Menjadi ‘ustazah’ bukan perkara mudah walaupun ada sesetengah pihak menyatakan ia tidak sepayah menjadi doktor mahupun jurutera ataupun peguam. Namun ketahuilah setiap ilmu itu ada kesukarannya tersendiri. Jangan diremehkan ilmu agama, andailah perjuagan dalam beragama itu mudah, sudah pasti tiada kesukaran untuk berdakwah. Tidak perlu rasulullah mengambil masa yang terlalu lama untuk mengajak manusia beriman kepada tuhan yang Esa. Hati-hati manusia perlu disentuh dengan lembut dan berhemah agar mereka menerima Islam kerana keindahan Islam itu sendiri bukan kerana paksaan. 

Sukarnya untuk berurusan dengan jiwa-jiwa manusia kerana ia begitu halus ibarat kaca tidak mampu untuk digenggam erat-erat bimbang ia akan retak dalam genggaman, tapi ia juga tidak mampu untuk dibiarkan bebas bimbang ia akan tercalar. Oleh itu, seni dalam berdakwah perlu dihayati dan difahami agar ia mampu menyentuh hati-hati mereka.

No comments: