Awak,
Tolong ingatkan saya sebab saya selalu lupa
Saya bukan insan yang sempurna,
banyak yang saya nak awak ajar saya.
Tolong ingatkan saya
andai saya terlupakan Dia
sama ada dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan saya
supaya jangan jadi anak derhaka
tidak melukai hati dan perasaan kedua orang tua saya
Tolong ingatkan saya
untuk membaca dan berdamping dengan Al-Quran
tika dunia leka dengan hiburan
Tolong ingatkan saya
untuk menjaga aurat saya
kerana dari situ punca segala fitnah
Tolong ingatkan saya
untuk menjadi sahabat yang baik
yang sentiasa memberi peringatan
dan sentiasa bersedia menerima teguran
Tolong ingatkan saya
sekiranya saya bercinta biarlah keranaNya
dalam memilih biarlah berdasarkan iman
agar kelak ikatan itu sampai ke syurga
Tolong ingatkan saya
hidup ini satu kembara
kutiplah mutiara dalam perjalanan
moga ia menjadi bekalan untuk saya
Tolong ingatkan saya
diri ini milik Yang Maha Kuasa
kepadaNya jiwa diserahkan
Tolong ingatkan saya
Menerima setiap yang berlaku seadanya
Qada' dan qadar ketentuan yang Maha Esa
Dalam pencarian mencari redha dan rahmat dariNya
Tolong ingatkan saya...
p/s: mood 'tolong ingatkan saya'. Sebab saya dah ponteng treatment hari ini akibat terlupa.
2 comments:
okay..jgn lupa belanja
boleh-boleh...:)
Post a Comment