Saturday, October 29, 2011

:bodyguard:


Saya: Kenapa awak selalu perhatikan dia?

D: Sebab saya rasa bertanggungjawab untuk perhatikan dia.

Saya: Dia tahu awak selalu perhatikan dia?

D: Rasanya tidak.

Saya: Awak ada sebab lain?

D: Sebab dia perlukan ‘bodyguard’.

Saya: Maksudnya?

D: Dia perlukan seseorang untuk mengawal gerak lakunya. Kadang-kadang dia terleka dengan lakunya sendiri dan saya perlu ada untuk mengawalnya. Sekiranya dia tidak pandai menjaga dirinya saya perlu mengingatinya untuk menjaga batas-batas tersebut agar dia sentiasa selamat. ‘Bodyguard’ ertinya pengawal dan penjaga. Di rumah ayah dan saudara lelakinya adalah ‘bodyguard’nya tapi disini mungkin saya ‘bodyguard’nya tanpa dia sedar.

Saya: …terdiam…

Kata-kata dia pada saya betul-betul membuat saya terdiam dan berfikir panjang. Kata-katanya membuka mata saya untuk melihat sesuatu dari aspek yang berbeza. Saya faham maksud tersirat yang cuba disampaikan olehnya. Bukan bermakna dia perlu menggongkong setiap perbuatan ataupun bertanyakan soalan yang tidak relevan pada orang yang diawasinya tapi cukuplah dia memerhati dari kejauhan dan menegur tatkala ada kesilapan agar langkah insan itu tidak tempang.

Maksudnya mudah untuk difahami, ibarat seorang ayah yang melihat anaknya yang cuba belajar berjalan untuk kali pertama. Si ayah melihat anak itu berusaha dengan gigih tanpa bantuan sesiapa. Melihat bagaimana si anak cuba melangkah sambil melepaskan pautan tangannya, namun tatkala  si anak hampir tersungkur si ayah akan menyambut segera si anak agar si anak tidak luka.

Itulah ibarat perilakunya pada si ‘dia’. Setia memerhati si ‘dia’ dari kejauhan, setia menjadi tempat untuk si ‘dia’ berpaut, setia membalut luka si ’dia’ ketika si 'dia' tercedera, malah setia untuk menjadi ‘penjaga’ tanpa si 'dia' ketahui. 

Doa saya untuk anda, jadilah ‘bodyguard’nya sampai ke syurga… 

2 comments:

Anonymous said...

saya juga mendoakan agar 'dia' menjadi pengawal peribadi awak hingga ke syurga. Bi iznillah. U deserve 'dia' as ur bodyguard farah :)

pelangi said...

saya juga doakan yang terbaik untuk anda berdua... 'dia' dan anda :) semoga sinar kebahagiaan pasti menjadi milik anda~