Saturday, October 22, 2011

:nilai kesihatan:


Allahu Akbar, Allahu Rahman, Allahu Rahim. Sungguh besar nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. Dan antara nikmat yang tiada ternilai harganya ialah nikmat kesihatan.

Dengan kesihatan yang baik, manusia mampu dapat menjalani kehidupan dengan sistematik. Dengan kesihatan yang baik, manusia mampu melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar. Dengan kesihatan yang baik yang menghiasi seseorang, dia mampu melakukan ibadah kepada Allah dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mewarnai kehidupan orang Islam.

Keadaan yang tidak menentu ditambah dengan desakan hidup betul-betul menganggu kesihatan saya secara langsung. Memang benar, jarang sekali kita sedar betapa mahalnya nilaian nikmat sihat itu. “Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia; iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. (Hadis riwayat Bukhari)”.

Bermula dari awal semester tahap kesihatan saya semakin merosot, malah saya makin kerap ke klinik. Ubat dari doctor sudah banyak sehingga saya mampu untuk menjadi pembekal ubat pada orang lain pula. Semester ini memang menguji saya untuk menjadi tabah. Bermula dengan sakit belakang disusuli dengan demam beserta batuk dan selsema disusuli dengan keracunan makanan betul-betul menyebabkan saya tidak bermaya. Kadang-kadang terasa lemah untuk terus melangkah namun saya tahu saya kena kuat demi insan-insan yang sentiasa berada dihati ini. Saya tidak mahu menyusahkan kalian dan cukuplah saya sahaja memikulnya. Cukuplah, nasihat dan senyuman kalian sebagai penguat saya.

Allahumma yassir wala tu’assir robbi tammim bi’khair…

2 comments:

Anonymous said...

Semoga terus dikurniakan kekuatan sahabatku.. YAQIN dengan aturanNya ye my dear :)
Allahumma ameen~

pelangi said...

insyaAllah~ allahumma ameen

:)