Awak,
Saya gembira melihat senyuman awak.
Saya gembira melihat perubahan awak.
Saya gembira melihat gelagat awak.
Saya gembira mendengar celoteh-celoteh awak.
Saya gembira mendengar jenaka-jenaka awak.
Saya gembira mendengar cerita-cerita awak.
Awak,
Dulu awak perlukan pelangi untuk mengembirakan awak.
Dulu awak perlukan momentum untuk berubah.
Dulu awak perlukan hiburan untuk menceriakan awak.
Dulu awak perlukan pendengar untuk awak meluahkan rasa.
Dulu awak perlukan sahabat untuk berkongsi gembira.
Dulu awak perlukan kaunselor untuk berbicara.
Awak,
Sekarang awak sudah tidak memerlukan itu semua.
Sekarang awak sudah mampu berdiri dengan sendiri.
Sekarang awak sudah mampu berlari sekuat hati.
Sekarang awak sudah cukup kuat untuk menggegarkan dunia.
Sekarang awak akan berlari meninggalkan pelangi itu.
Awak,
Pelangi itu akan kembali pada keadaan asalnya.
Kerana pelangi itu tidak mampu lagi membuat awak tersenyum.
Kerana pelangi itu tidak mampu lagi menjadi ubat untuk keresahan awak.
Kerana pelangi itu sudah tidak indah lagi pada pandangan awak.
Awak,
Pelangi itu tahu kehadirannya hanyalah sementara...
2 comments:
Awak,
bicara awak berwarna-warni,
seperti sang pelangi..
Awak,
kata-kata awak menyentuh hati,
seperti si penyair asli..
Awak,
teruskan istiqomah mencari yang terbaik,
percayalah,
sang pelangi mampu kekalkan biasan warnanya selagi si langit kekal membiru :)
Ah, sama style dengan blog sendiri pula rasa.
Post a Comment