Wednesday, June 6, 2012

:selamat ulang tahun diri:


Sempena hari kelahiran saya beberapa hari yang lalu, pelbagai ucapan dan doa yang dikirim oleh sahabat-sahabat dah guru-guru. Terima kasih atas doa kalian. 

Walaupun, tiada lagi kek atau sambutan yang meriah mengiring sambutan hari kelahiran saya namun ingatan ikhlas dari insan-insan yang bergelar sahabat dan guru amat mengembirakan hati saya. 

Harapan saya agar doa ikhlas kalian akan di aminkan oleh penghuni langit. Buat insan-insan yang selalu menjadi penyokong dalam setiap langkah saya, hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa kalian. Dan kalian sentiasa mekar dalam setiap doa-doa saya. 

Buat diri sendiri, semoga mimpi itu menjadi reality. Dan sekarang kamu makin matang dalam setiap langkahan. Kamu juga makin mengenal warna-warna pelangi manusia. Kamu juga waras untuk bertindak. Semoga pelangi itu mampu menceriakan dan membahagiakan insan-insan teristimewa itu.

Diri, bertabahlah dengan ujian dan cabaran kerana pelangi tidak akan muncul tanpa hujan, petir dan guruh. AturanNya sungguh cantik.

1 comment:

Enol said...

Happy sweet 24..erk, is being 24 means you are still sweet?? :D