Wednesday, July 11, 2012

:adakah itu rezeki kita?:

Situasi A

Rakan J: Awak dah bekerja? 

Saya: Alhamdullilah, saya sudah bekerja. 

Rakan J: Saya belum bekerja lagi, malah sudah banyak kali saya cuba memohon namun semuanya mengecewakan saya. Tapi kali ini, saya ditawarkan untuk bekerja di suatu tempat. Saya akan memohon dan berusaha. 

Saya: InsyaAllah, Dia pasti memudahkan perjalanan awak. Rezekinya melata di dunia ini. 

Situasi B: 

Rakan B: Awak dah bekerja? 

Saya: Alhamdullilah, saya sudah bekerja. 

Rakan B: Saya pun, siap dapat jawatan yang saya suka lagi. 

Saya: Alhamdullilah. Rezeki awak. 

Rakan B: Kita kena bijak, tengok la kalau kita kenal ‘orang dalam’ mesti senang nak dapat kerja. 

Saya: Emm… 

Dua situasi yang berbeza dalam mencapai satu matlamat. Persoalan yang sering menjadi tanda tanya adalah, adakah cara itu boleh menghalalkan matlamat? Adakah itu juga jalan terbaik dalam mencapai apa yang kita kehendaki? Tepuk dada, tanya fikiran yang matang dan rasional. 

Mungkin bagi sesetengah pihak ini hanyalah cicipan kisah yang selalu didengari namun adakah kita terfikir adakah ini jalan yang terbaik sekaligus menguntungkan ummah ini? Ummah ini terlalu rapuh, ummah ini makin parah, ummah ini sudah tidak tahu nilai sebenar erti bertanggungjawab. Parah yang akan menular menjadi barah. 

Tatkala kita selalu di momokkan dengan salah laku ummah ini kita sering menyalahkan sesetengah pihak dan akhirnya untuk meloloskan diri dari isu ini, kita mula menunding jari pada pihak lain. Pernah atau tidak kita berfikir, adakah kita adakah ada hak orang lain yang kita zalami? 

Bagaimana jika ada insan lain yang lebih layak dari kita namun dek kerana kemahuan yang melampau kita menzalimi insan lain dengan mengambil hak orang lain. Zalim yang tersembunyi, itu tafsiran saya. Ukurlah sesuatu mengikut acuan yang sebenar. Jangan berpaksikan ego dalam bertindak. 

Jika rezeki itu untuk kita pasti kita akan memilikinya.

No comments: