Showing posts with label aku dia kamu. Show all posts
Showing posts with label aku dia kamu. Show all posts
Tuesday, September 11, 2012
:UPSR:
"Teacher, doakan kami untuk UPSR."
Itulah antara luahan dan impian adik-adik didikku.
Buat adik-adik sekalian, ilmu itu adalah harta yang terlalu bernilai. Adakalanya terlalu susah untuk kita memperolehinya namun itulah harga yang perlu kita bayar kerana itulah tuntutan agama kita. Selagi kita bernyawa belajarlah tanpa jemu. Never give!!!
Friday, December 9, 2011
:jangan terlalu meminta:
A: Lupa yang esok ulang tahun kelahiran 'rumate' saya.
Saya: Emm, dah berapa lama awak kenal dia?
A: Dah 4 tahun.
Saya: Awak, belanja la dia makan.
A: Perlu ke?
Saya: Perlu.
A: Tapi dia tak kisah pun.
Saya: Mana awak tahu.
A: Sebab setiap kali ulang tahun kelahirannya dia hanya diamkan diri tanpa cakap apa-apa pun.
Saya: Bagaimana kalau perkara yang sama saya lakukan pada awak?
A: Terasa dipinggirkan.
Duhai sahabat, dalam mana-mana ikatan perhubungan haruslah ada rasa toleransi. Give and take. Bersedia untuk memberi bukan hanya menagih untuk anda dilakukan sebegitu. Jangan terlalu sombong dalam sesebuah perhubungan. Hargai mereka yang selalu ada untuk anda. Fahami perasaan mereka.
Adakalanya mereka ingin rasa untuk di hargai, di mesra, di belai, di ambil peduli.
Namun, ingatlah tatkala mereka sudah menjauhi dari anda. Jangan harapkan untuk mereka kembali semula ke sisi anda. Mungkin waktu itu, mereka sudah temui pelangi yang mampu membuat mereka lebih bahagia. Pelangi yang setia memberi sinar warnanya seusai hujan disertai guruh dan kilat. Dan percayalah, pada ketika itu, mereka tidak akan berpaling lagi pada anda lagi kerana mereka sudah temui pelangi yang sentiasa membuat mereka tersenyum indah.
Friday, November 11, 2011
:11.11.11:
A: Cantik kan tarikh hari ini?
Saya: 11.11.11? Emm, Kombinasi number yang menarik.
A: Ya. Kawan-kawan kita pun ramai pilih tarikh ni untuk dijadikan hari bersejarah dalam hidup mereka.
Saya: Alhamdullilah. Doakan agar mereka bahagia sampai ke syurga.
A: Ameen. Awak pula bila?
Saya: Bila sampai masanya.
A: Awak terlalu memilih.
Saya: Tak salahkan kalau saya memilih?
A: Memang, tak salah tapi sampai bila?
Saya: Sampai saya yakin dia jodoh saya.
A: Bagaimana awak nak tahu itu jodoh kamu?
Saya: Saya pun tak tahu tapi saya yakin Allah akan berikan petunjuk. Dan doa saya, bukan saya sahaja yang dapat petunjuk tapi keluarga saya dan keluarga ‘dia’.
A: Kalau awak tak dapat petunjuk?
Saya: Biar bersendirian hingga hujung usia tapi tak sepi dari kasih dan cintaNYA.
# 11/11/11 tidak seharusnya memberi sebarang makna kepada setiap kita yang aqidah, pandangan hidup dan sistem nilainya adalah al-Islam. (http://saifulislam.com/) #
Friday, November 4, 2011
:a.w.a.k:
Awak,
Saya gembira melihat senyuman awak.
Saya gembira melihat perubahan awak.
Saya gembira melihat gelagat awak.
Saya gembira mendengar celoteh-celoteh awak.
Saya gembira mendengar jenaka-jenaka awak.
Saya gembira mendengar cerita-cerita awak.
Awak,
Dulu awak perlukan pelangi untuk mengembirakan awak.
Dulu awak perlukan momentum untuk berubah.
Dulu awak perlukan hiburan untuk menceriakan awak.
Dulu awak perlukan pendengar untuk awak meluahkan rasa.
Dulu awak perlukan sahabat untuk berkongsi gembira.
Dulu awak perlukan kaunselor untuk berbicara.
Awak,
Sekarang awak sudah tidak memerlukan itu semua.
Sekarang awak sudah mampu berdiri dengan sendiri.
Sekarang awak sudah mampu berlari sekuat hati.
Sekarang awak sudah cukup kuat untuk menggegarkan dunia.
Sekarang awak akan berlari meninggalkan pelangi itu.
Awak,
Pelangi itu akan kembali pada keadaan asalnya.
Kerana pelangi itu tidak mampu lagi membuat awak tersenyum.
Kerana pelangi itu tidak mampu lagi menjadi ubat untuk keresahan awak.
Kerana pelangi itu sudah tidak indah lagi pada pandangan awak.
Awak,
Pelangi itu tahu kehadirannya hanyalah sementara...
Wednesday, October 12, 2011
:sebab dia adalah sahabat:
Untuk sahabat, sampai bila-bila pun anda tetap sahabat saya. Tak pernah saya jemu dengan anda. Kerana anda adalah sahabat saya~
Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.
Dia adalah yang Allah beri kepadaku,
walau yang... mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.
Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,
Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.
Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.
Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.
Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,
Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.
~ (Hilal Asyraf) ~
~p/s: Jangan pernah rasa memiliki kerana saya hanya pinjaman Allah kepada anda. Satu masa nanti pasti saya akan kembali kepada Pencipta saya~
Monday, October 3, 2011
:awak:
Untuk seorang sahabat yang sentiasa menemani diri ini,
yang tetaplah menjadi sahabatku,
yang sentiasa menasihatiku,
yang sentiasa merelakan waktumu untuk mendengarkan segala keluh kesahku,
yang sentiasa memberiku semangat tatkala kaki ini tidak lagi mampu berdiri,
yang sentiasa menjadi penyokongku untuk terus maju dan menjadi yang terbaik.
Wahai sahabat,
Terima kasih atas segala kebaikan akhlakmu,
Terima kasih atas segala nasihatmu,
Terima kasih atas segala semangatmu
Terima kasih atas segala peringatanmu,
Terima kasih atas segala waktumu,
Terima kasih atas segala yang kau berikan untukku.
p/s: Terima kasih sebab masih ingat coklat yang saya suka. Terima kasih juga untuk kata-kata motivasi yang tak putus-putus diberikan. Awak tak pernah jemu pinjamkan saya semangat awak~
Monday, September 5, 2011
:dimensi terindah:
Assalamualaikum.
Untuk sahabat yang sentiasa mekar dihati.
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim).
Untuk sahabat yang sentiasa mekar dihati.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim).
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim).
“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim).
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian”
~ Untuk kalian berdua, saya doakan yang terbaik untuk kalian semoga Allah merahmati kalian berdua. Biar jarak memisahkan kita namun kasih sayang kita tak pernah padam. Kalian adalah dimensi terindah yang pernah hadir dalam hidup saya. ~
Tuesday, June 14, 2011
merajuk?
Sahabat B: Awak merajuk?
Saya: Tak lah. Cuma rasa sedikit kecewa.
Memang saya gagal menyembunyikan perasaan kecewa saya pada anda kali ini. Maafkan saya kawan. Saya cuba untuk menyembunyikan perasaan itu tapi raut wajah saya mengambarkan segalanya sehinggalah ada pihak berjaya mengesannya. Syabas untuk anda kerana berjaya membaca raut wajah saya.
Itulah lumrah dalam persahabatan adakalanya manis untuk kita merajuk kerana ia dapat mewarnai sesebuah ikatan persahabatan, ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain.
Tak salah untuk merajuk tapi jangan panjangkan rasa rajuk itu hingga tak terlayan dibuatnya. Merajuklah sekadarnya…
Saturday, May 21, 2011
manusia itu
Kali ini saya betul-betul balajar untuk mengenal manusia. Betul kata orang tua-tua, ‘Rambut sama hitam tapi hati lain-lain’. Terima kasih kerana saya tidak perlu masa yang lama untuk mengenal peribadi awak.
Dan pastinya selepas ini untuk bersahabat saya akan lebih memilih seperti nasihat bijak pandai pada anaknya;
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sunday, May 15, 2011
cerita sem3 minggu pertama
Baru minggu pertama di IIUM tapi seakan-akan sebulan di sini. Hati jadi tak keruan, gelisah untuk menunggu malam. Hanya gambar jadi tatapan tatkala rindu, hanya suara menguat semangat, namun doa kalian membuat saya masih di sini. Saya mahu pulang kata hati kecil tapi jangan di layan emosi itu. Cekalkan hati. Kuatkan semangat.
p/s: Saya sentiasa merasa bahagia bersama kalian kerana kalian permata hati saya. :)
Untuk ummi dan abah, redhailah anakmu ini. Untuk si nakal, jaga diri kamu baik-baik.
Monday, April 18, 2011
family
Rumahku syurgaku. Itulah yang mampu saya luahkan. Bertemankan ummi dan abah yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kami adik beradik ditambah pula dengan kenakalan adik yang menghiburkan hati membuatkan hati ini teruja untuk sentiasa bersama mereka.
Malah saya langsung tidak kisah andai gelaran ‘anak mak’ diberikan kerana saya memang anak mak saya, kalu tak percaya boleh jalankan ujian DNA… :)
p/s: Banyak sangat aktiviti untuk saya lakukan cuti kali ini. :)
Malah saya langsung tidak kisah andai gelaran ‘anak mak’ diberikan kerana saya memang anak mak saya, kalu tak percaya boleh jalankan ujian DNA… :)
my family is everything to me
family is always going to be there for you
family is the people you trust
family is the kind of people who cares a lot about you
family is the first people you come to if
you have a problem just remember that
family is going to be there no matter what
in tough times and in easy times
in you could think of
everything so family
is going to be there
no matter what
so
I just want to say
''I LOVE MY FAMILY''
p/s: Banyak sangat aktiviti untuk saya lakukan cuti kali ini. :)
Monday, April 4, 2011
tentang kita
Alhamdullilah dah settel dua paper dan masih lagi berbaki lima paper. Dalam kesibukkan bertembur dengan exam masih ada lagi ruang ukhwah yang perlu di isi. Sebagai insan memang tak dinafikan yang kita memerlukan satu sama lain. Kita memerlukan insan yang bernama 'kawan, sahabat, teman'
Mungkin sukar untuk saya melafazkan rasa sayang saya untuk anda tapi doa saya pada kalian tak pernah saya lupakan. Saya seronok dan bahagia hidup bersama anda semua…
Untuk Farhanah, Normi, Am, Amy, Bar, Aishah, Wahida, Dilla, Hib, Fai, Rai, Mira Solehah, Bilah, Fadh, Mira Akmal, Ekin, Nurul, Ain, Ada, Maira, Ida, Yan, Fisah, Athirah, Ilah, Ana dan semuanya yang tidak disebut disini, anda pernah hadir dalam hidup saya dan mewarnainya walaupun untuk seketika dan pasti saya akan simpan kenangan itu sampai bila-bila kerana mungkin ini kenangan terakhir kita…yang tidak mungkin kita ulanginya lagi :)
Sayang kalian semua…
Subscribe to:
Posts (Atom)














