Thursday, December 2, 2010
'kem ibadah solat'
Alhamdullilah, hari ini tamatlah sudah ‘Kem Ibadah Solat’ sebuah program yang telah
berjaya saya ‘conduct’kan seorang diri. Pada mulanya memang saya agak keberatan untuk menerima tawaran ini memandangkan saya ingin menenangkan diri setelah penat melalui pelbagai konflik dalaman tapi demi permintaan mereka saya gagahkan diri jua. Farah ikhlaskan diri anda.
Penat hanya Allah yang tahu. Kenakalan dan kerenah adik-adik ini perlu ditangani dengan bijak, namun semua itu terbalas kerana objektif program ini tercapai. Seronok sangat bila adik-adik ini dapat hafal bacaan-bacaan dalam solat dengan lancar. Pada mulanya, ada daripada mereka yang tidak mampu untuk menghafal walaupun surah al-fatihah tapi akhirnya berjaya juga untuk menghafalnya siap boleh hafal surah-surah lain lagi. Ya Allah, mudahkan mereka dalam memahami ilmuMu agar telah usahakan yang terbaik yang selebihnya aku serahkan padaMu.
Adik-adik, kakak seronok sangat bersama kalian. Kalian banyak mengajar kakak untuk memahami erti kesabaran. Kenangan bersama kalian akan kakak bawa sampai bila-bila. Doa kakak agar kalian akan sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah.
p/s: anak-anak permata keluarga
Labels:
pengalaman