Alhamdullilah, praise to Allah…
Hari ni result untuk semester satu 2010/2011 telah diumumkan. Nak kata hebat, jauh ayam golek dari mulut tapi sebagai hambaNya saya terima apa yang Allah takdirkan untuk saya. Semakin banyak kita bersyukur makin banyak nikmat yang akan Allah kurniakan tanpa kita sangka-sangka. Bagi saya, banyak mana pun ilmu yang kita ada tapi jika kita tidak mempraktikkan dalam kehidupan kita ia seumpama ayam golek di depan mata tapi kita tak mampu untuk merasai keenakkannya dek kerana ayam itu bukan kita punya.
Bagi yang berjaya tahniah tapi ingat ilmu itu bukan milik anda. Kongsikan pada yang lain semoga ia dapat memberi manfaat pada insan lain. Pada yang kurang berjaya, Allah mahu anugerahkan anda sesuatu yang luar biasa. ‘Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari…’
namun dek adanya hujan inilah pelangi akan muncul, malah ia sangat indah yang mampu memukau mata manusia. Begitulah jua dengan anda jadikan ia batu loncatan untuk anda lebih berjaya.
p/s: semua yang kita ada hanya pinjaman dariNya. Kata imam Al-ghazali ~ ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kita dengan Allah~