Selamat datang tahun 1432H.
Pejam celik, pejam celik sudah hampir 23 tahun keberadaan saya di bumi ini sekaligus saya telah memegang status sebagai hamba Allah, ummat Muhammad dan khalifah di bumi ini dalam tempoh jangka waktu itu. Jawatan yang susah untuk dipikul oleh sesetengah pihak namun ada juga yang senang hati untuk menerimanya. Tepuk dada tanyalah iman.
Walaupun tiada lagi penghijrahan selepas pembukaan kota Mekah namun itu bukanlah alasan yang konkrit untuk kita menolak hijrah. Luaskan sedikit minda untuk menerokai makna hijrah. Hijrah ke arah yang lebih baik dan hebat. Salam Maal Hijrah untuk semua.