Friday, December 10, 2010

kembali ke sana

Rasa macam semalam je baru balik rumah namun hakikatnya sudah hampir tiga minggu saya berada di mahligai ini. InsyaAllah, esok saya akan kembali ke Taman Budi dan Ilmu. Taman yang sungguh indah dan menjanjikan pelbagai pengalaman yang mematangkan hidup saya, di sini juga untaian tali persahabatan terbina. Walaupun payah dek kerana komitmen yang melampau sehingga menyebabkan diri lemah malah terasa jua hampir tersungkur namun masih ada tangan-tangan yang sudi membantu. Terima kasih untuk semua. 

Jauh di sudut hati ini, berat untuk saya tinggalkan rumah dan isinya. Mereka semua terlalu istimewa untuk saya. Namun, perjuangan harus diteruskan. Doa saya, semoga semester ini akan menjanjikan sesuatu yang istimewa bukan hanya untuk saya tapi untuk insan lain kerana saya perlu menjadi cekal demi mereka. 










 p/s: cekalkan hatimu seperti karang di lautan malah ia juga menjadi sumber makanan dan perlindungan pada isinya.