Selesai sudah sesi add and drop selepas seharian saya berulang alik ke department menguruskan masalah subject minor. Sangat memenatkan. Namun melihat gelagat dan kerenah rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu menghiburkan saya. Tiada istilah rehat untuk saya pada hari pertama semester ini memandangkan hari pertama saya sudah mendapat tugasan(assigment). Sewaktu mendapat tugasan hati ini berbunga riang...ha3, saya tipu. Saya bukanlah seorang yang sangat rajin. Susah juga kalau dapat seorang lecture yang terlalu berdedikasi. Kan best kalau 'rajin' ni ada dijual di 7-11. Mood sekarang memang saya sangat-sangat malas, seumpama malasnya kura-kura untuk berjalan laju.(betul ke perumpamaan ni?)
Meting with mrc and brc jua sedang rancak berjalan this week. Macam-macam program yang perlu saya fikirkan bukan sahaja untuk saya tapi untuk residents. Penat ke? Hanya Allah yang tahu.
Sekarang saya perlu melangkah ke tahap kedua. Menyusun strategi untuk terus melangkah kehadapan. Pinjamkan saya kekuatan dan semangat untuk saya terus berjuang.