Thursday, December 23, 2010

'lelaki'

Selamat ulang tahun pada seorang lelaki yang telah besarkan saya selama ini. Lelaki yang sentiasa melindungi saya, menjaga saya, dan menyayangi saya sehingga akhir hayatnya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa dia…

Luahan kami untuk lelaki itu:

Abah, 
Anak-anak abah dah besar sekarang, Terima kasih sebab besarkan kami adik beradik. Hadiah hari lahir abah kali ini kami nak bagi hadiah yang lain sikit dari yang selalu kami bagi, so kami mintak Siti Nurhaliza nyanyi untuk abah, tajuk dia ‘Lelaki’. Nanti abah dengar via youtube…he3…
-ikhlas dari anak-anak abah yang baik-


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

2 comments:

izwanyusof said...

sajak buat sendiri ?

farisya said...

xlah... xpndai nk wat sajak2 ni. xckp seni. ni lagu ct nurhaliza. dgr dlm radio n kebetulan besday abah...