Friday, December 24, 2010

marah + geram

Hari ni kesabaran saya betul-betul teruji. Perasaan marah dan geram bercampur gaul dan akhirnya ia terus meletup umpama gunung merapi yang memuntahkan laharnya. Tak pernah saya rasa perasaan segeram hari ini. Tersepit antara tiga jiwa yang memerlukan saya untuk membuat keputusan sedrastik yang mungkin betul-betul membuat diri saya lelah. Saya insan kerdil, tidak mampu untuk puaskan kehendak anda semua tapi saya cuba. 

Anda tidak akan mengerti apa yang saya rasa hinggalah anda berada di tempat saya. Mudah untuk berkata, manis tatkala berbicara tapi hakikatnya pahit untuk ditelan. Bukan saya meminta simpati anda tapi jangan terlalu mudah untuk menghukum tanpa anda tahu hal sebenar. Adakalanya apa yang terzahir tak seperti yang kita sangka. 

Buat insan yang terluka ketahuilah saya lagi terluka dari anda kerana saya tidak mampu untuk melindungi anda. Buat insan yang menang saya memang geram dengan anda kerana anda sangat pandai mengampu sedangkan anda telah banyak menyusahkan banyak pihak. Buat insan yang suka mengarah, saya tahu anda dalam keadaan tertekan tapi jangan lepaskan ia pada orang lain. Orang lain pun ada masalah juga, bukan anda seorang.

Kesimpulannya, manusia ada pelbagai ragam. Adakalanya tingkah laku mereka betul-betul menyakitkan kita.

No comments: