Sewaktu masalah masih lagi bertamu dan tiada penghujung, langkah kaki ini harus jua di teruskan. Masih banyak lagi urusan yang perlu saya selesaikan. Tinggalkan sebentar masalah itu, pujuk diri sendiri. Tapi induction course organized by S-DEV hari ini sedikit sebanyak mengajar saya untuk menjadi lebih berani dan kuat dalam menghadapi kerenah manusia. Bukan semua masalah dapat kita selesaikan tapi hadapilah ia dengan berani. Belajarlah untuk menjadi lebih tabah kerana Allah tidak akan menguji hambanya seandaiNya hambaNya itu tidak mampu untuk menghadapi ujian itu. Terimalah ujian itu dengan senyuman sebagai tanda kita redha dengan ujian itu.
If you are good follower you will become are good leader. Sebagaimana pejuang Islam Khalid, walaupun jawatannya di lucutkan sewaktu dia sedang berperang di medan jihad namun itu langsung tidak mematahkan semangatnya kerana dia yakin pengiktirafan dari manusia hanyalah bersifat sementara dan kutukan manusia hanyalah berbau cemburu sementara pengiktirafan dariNya yang kita dambarkan dan kemurkaanNya kita elakkan.
Ya Allah, takdirkan yang terbaik untuk diri ini.
No comments:
Post a Comment