Segala benda yang saya buat hari ini serba tak menjadi. Saya sendiri keliru, kekuatan saya makin berkurangan (kalu atromen dah berkelip-kelip lampu merah ni). Malah ramai rakan-rakan menegur kerana saya lebih banyak berkhayal malah hilang focus. Senyuman sudah mula lokek untuk saya sedekahkan. Otak saya makin serabut umpama akar serabut pokok semalu. Masalah demi masalah mula menonjolkan diri, sedangkan solution belum dapat saya temui.
Bersabarlah wahai hati…
Tanpa masalah pasti hidup ini tiada rasanya, kerana masalah inilah yang menjadi rencah dalam kehidupan manusia. Sebagai hambaNya kita perlu bijak mengatur strategi dan berusaha, barulah kita bertawakkal. Apa pun hasilnya redhalah kerana itulah yang terbaik yang diaturkanNya pada kita.
2 comments:
sabar ye kak.moga da penyelesaiannya..nak tgk senyuman akak selalu..(^_^)
insyaAllah.setiap masalah menguji kita unt jadi lbh kuat dan tabah.be strong gilz.
Post a Comment