Akhirnya, University Sport Carnival telah melabuhkan tirainya. Program tahunan terbesar yang dianjurkan oleh IIUM dengan penglibatan 17 buah mahallah (kolej kediaman). Walaupun program ini hanya berlangsung seminggu tapi proses di sebalik tabir program ini sudah rancak berlangsung dari bulan August 2010 lagi. Persiapan sebelum program lagi memenatkan malah ia amat perlu untuk melancarkan lagi perjalanan USC. Pelbagai reaksi dan gelagat dapat di lihat sepanjang USC berlangsung. Ada yang bermain untuk mendapatkan medal tapi ada juga hanya untuk suka-suka. Segalanya terletak pada niat. Apa yang penting kerjasama.
Sebagai orang yang bertanggungjawab dalam USC memang saya agak penat dan letih sepanjang program ini. Memikirkan kebajikan athlete dan committee terjaga. Namun, sepanjang program ini saya dapat belajar sesuatu. Belajar untuk berkomunikasi, mencari jalan keluar andai sudah berada di jalan mati malah yang paling bernilai ialah belajar untuk bekerja dalam situasi tertekan. Pengalaman yang saya kira tidak dapat diraih dalam kuliah dimana-mana university. Percayalah pengalaman inilah yang akan mendewasakan kita dan saya belajar untuk menjadi dewasa.
No comments:
Post a Comment