Thursday, January 13, 2011

zaman lalu

“Farah, dah lama kita tak lepak sama-sama”. “Farah nak tengok cerita baru tak?”. “Farah, dah lama kita tak open table. “Farah, tak kan nak jumpa pun kena buat appointment?”

Tak mampu untuk saya menjawab persoalan itu kawan-kawanku.

Hampir setiap malam schedule saya akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mampu menyerabutkan neuron-neuron di dalam kotak tempurung kepala ini. Itu baru kerja MRC belum masuk kerja sekolah yang bertimbun-timbun ibarat gunung Jerai.

Saya sangat rindukan zaman bujang saya yang sangat happening. (macam la sekarang ni tak bujang…he3). Zaman yang pelbagai aktiviti kami lakukan bersama. Berborak sampai lewat malam dengan mengupas pelbagai topic, berkongsi cerita tentang pengalaman dan masa depan, makan bersama-sama, menjadi pengkritik filem dan macam-macam lagi. Saya tak nafikan saya gembira bersama mereka. Kita mencorak dunia ini dengan warna kita sendiri. Sewaktu saya ada masalah mereka semualah orang pertama yang menghulurkan tangan, meminjamkan bahu dan tisu. Terima kasih kalian.

Demi kalian jua saya masih lagi berdiri di sini. Habis tenure ini, insyaAllah hidup saya akan kembali normal. Nanti kita lepak sama-sama lagi, girls….

2 comments:

idanirha said...

sy pon rindu zaman single..hahaha

pelangi said...

kamu xsingle ke skrg? sy gembira jd single....