Friday, March 11, 2011

hakNya

"Tsunami melanda Jepun", "Sebuah sekolah ditutup kerana wabak selsema burung," "Seorang maut kerana kencing tikus". Begitulah antara berita yang kedengaran kebelakangan ini. 
Ya Allah, adakah ini ujianMu atau peringatanMu untuk kami.

Bila ujian datang melanda mulalah manusia mencariNya, mulalah kita datang mengadu padaNya, merintih memohon simpati sedangkan sebelum ini di manakah kita? Tepuk dada, tanyalah iman. Tidak dapat dinafikan iman manusia seperti ombak pantai adakalanya ganas memukul pantai, adakalanya pula lembut menyapu gigi pantai. Namun, tarbiah ini sebenarnya adalah untuk mengingatkan kita bahawa kita hanyalah hamba yang lemah tidak mampu untuk berdiri atas kaki sendiri, hidup atas ihsan Si Pencipta.

Usah kita merasa megah atau angkuh dengan apa yang kita miliki pada waktu ini kerana semua itu hanya pinjaman buat seketika dan apabila sudah sampai waktunya, pasti Pemilik Mutlak akan datang untuk menuntut hakNya kembali.

No comments: