Thursday, March 10, 2011

assignment

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawasanya saya telah berjaya menyiapkan 6 assignment yang perlu saya dihantar semalam. Lega sangat-sangat. Mula-mula memang sakit kepala dibuatnya tapi mengenangkan itulah nasib sebagai pelajar saya terima dengan hati yang terbuka dan melakukannya tanpa banyak bicara. Kalau nak bising-bising pun bukannya kerja itu boleh siap, baik duduk diam-diam dan fikirkan bagaimana untuk lakukannya dan segera bertindak. Akhirnya semua kerja-kerja itu akan settle.

Bukan kita tidak boleh merunggut tapi berpada-padalah dalam merunggut. Jangan semua benda nak luahkan rasa ketidakpuasan hati. Cuba lihat sesuatu itu dari perspektif yang berbeza, sebagai contoh 6 assignment saya yang perlu saya submit pada hari yang sama, kalau kita lihat dari kaca mata kasar memang agak menyusahkan tapi cuba kalau kita lihat dari kaca mata 3D pula..he3..

Cabaran ini sebenarnya untuk mengajar kita untuk menghargai masa, mampu untuk bekerja dalam keadaan tertekan dan meletakkan kebergantungan kita padaNya. Percayalah Allah tidak akan zalim pada makhlukNya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya…. 

p/s: Cukuplah itu sahaja tazkirah untuk hari ini, selamat beramal dan renung-renungkan... :)

No comments: