Monday, March 7, 2011

tempat itu

Bertemu lagi dalam alam si ria :)

Sejak kebelakangan ini fikiran saya mula kusut ditambah pula dengan pelbagai kerja yang mengunung tinggi menyebabkan saya betul-betul tertekan. Dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk lari dari taman budi dan ilmu, IIUM.he3...

Pagi-pagi lagi saya telah ke tempat itu dan sepanjang saya di sana saya sangat gembira kerana ‘mereka’ yang ada di sana banyak mengajar saya untuk menjadi insan yang tahu menghargai dan bersyukur. Benarlah kata bijak pandai ‘belajarlah dari alam nescaya kamu akan menghargai diri kamu’.

Tempat itu mungkin tempat yang tidak pun menarik bagi sebahagian dari anda tapi bagi saya tempat itu adalah tempat yang paling seronok bagi saya. Tempat yang mendamaikan malah menenangkan. ~Zoo Negara~ 

Memang macam kanak-kanak ribena tapi banyak input yang sebenarnya dapat kita perolehi seandainya kita lihat balik. Patuhnya seekor haiwan pada penjaganya sedangkan kita bagaimana? Adakah kita patuh pada Tuan kita? Hanya kita yang tahu jawapannya. 

Walaupun mereka itu hanya haiwan yang mempunyai akal dan fikiran yang terhad dan tidaklah sehebat manusia yang mana Allah berikan daya fikiran yang cukup hebat namun sifat penyayang dan manja mereka menyentuh perasaan. Bagaimana haiwan-haiwan itu ingin dibelai dan disayangi. Mampu hidup bersama tanpa ada rasa iri dan dendam.Sungguh hebat ciptaanNya dalam diam air mata ini mengalir...

p/s: saya rindu untuk ke sana semula…

No comments: