Semester ini kian hampir ke penghujungnya. Dan seperti biasa tidak lengkaplah diari seorang pelajar seandainya mereka tidak melalui fasa-fasa yang agak menggetirkan. -Final Exam-. Maka ramailah yang akan mengadakan solat hajat tidak kiralah dari peringkat individu, organisasi, ataupun mahallah. Tidak terkecuali hal yang sama pada mahallah saya. Alhamdullilah sebuah program yang kami anjurkan dan mendapat respon yang sangat baik daripada residents.
Solat hajat hanya salah satu inisiatif untuk kita meletakkan kebergantungan kita padaNya, bukanlah sebuah tiket yang menyatakan bahawa dengan solat hajat inilah kita mampu menjawab semua exam dengan jayanya. ‘Usaha, doa dan tawakal’ itulah konsep yang dianjurkan oleh Islam. Bukankah kita dianjurkan untuk menjadi ummat yang proaktif dan bukan hanya menyerah pada takdir semata, oleh itu berusaha semaksimim mungkin, kemudian berdoalah kerana doa adalah senjata ummat islam. Lalu, bertawakallah padaNya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
Salam imtihan untuk semua.
No comments:
Post a Comment