Tuesday, June 14, 2011

merajuk?

Sahabat B: Awak merajuk?

Saya: Tak lah. Cuma rasa sedikit kecewa.

Memang saya gagal menyembunyikan perasaan kecewa saya pada anda kali ini. Maafkan saya kawan. Saya cuba untuk menyembunyikan perasaan itu tapi raut wajah saya mengambarkan segalanya sehinggalah ada pihak berjaya mengesannya. Syabas untuk anda kerana berjaya membaca raut wajah saya.

Itulah lumrah dalam persahabatan adakalanya manis untuk kita merajuk kerana ia dapat mewarnai sesebuah ikatan persahabatan, ukhwah itu memerlukan perasaan dan hati yang perlu di jaga dan di pelihara. Hati dan perasaan itu halus, lalu ia perlu dijaga dengan rapi. Bukan sekadar berlapang dada, tapi juga perlu memahami di antara satu sama lain. 

Tak salah untuk merajuk tapi jangan panjangkan rasa rajuk itu hingga tak terlayan dibuatnya. Merajuklah sekadarnya… 

No comments: