Sahabat A: Saya tak suka dia.
Saya: Kenapa?
Sahabat A: Entah la tapi saya tak senang dengan perangai dia. Dia suka menyebabkan saya marah padanya. Bukan sekali tetapi berkali-kali.
Saya: Jadi selama awak berkawan dengannya, awak tak pernah buat dia marah?
Sahabat A: Mesti la tidak.
Saya: Mana awak tahu?
Sahabat A: Awak pernah dengar dia marahkan saya atau pun merungut tentang saya?
Saya: Ya lah, dia tak pernah pun marahkan awak mahupun merungut tentang awak. Maknanya awak seorang sahabat yang sempurnakan? Tak pernah buat kesalahan, hebat betul awak ni. Setiap kali saya jumpa dia pasti dia akan memuji awak malah tak pernah saya dengar tentang kelemahan awak dari dia, semuanya yang baik-baik belaka.
Sahabat A: Emm…
Itulah antara dialog yang biasa kita dengar. Sempurnakah kita sehingga kita melihat orang yang berada disekeliling kita sentiasa melakukan kesilapan? Jika YA, tahniah saya ucapkan. Setahu saya, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini.
Terlalu mudah kita mengingati kesilapan orang lain sehingga kita terlupa akan kebaikan yang pernah dihulurkan olehnya. Dia hanya manusia biasa, yang serba tidak sempurna. Jangan mengharap kesempurnaan darinya, tapi sempurnakanlah dirinya.
Belajarlah menerimanya seadanya dia. Ketahuilah, bahawa anda juga tidak sempurna sebenarnya.
2 comments:
well said farah!
Mereka juga insan biasa~
Post a Comment