Firman Allah S.W.T : “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.”
"Apabila seorang hamba telah menikah, bererti dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang lain.” (HR.Baihaqi).
Selamat pengantin baru kepada Nor Basirah bin Mohamed dan pasangannya Mohd Khairul Azuan bin Abdullah yang majlisnya resepsinya berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 4 June 2011 bersamaan 2 Rejab 1432H.
Barakallahu lakum wa barak alaik. Tahniah atas perkahwinan anda, doa saya agar anda akan sentiasa bahagia hingga ke syurga. Tak mampu untuk saya hadiahkan anda rumah yang mewah, kereta model terbaru mahupun suite honeymoon tapi jauh dilubuk hati ini saya gembira melihat anda bahagia. Sebagai balasan hanya doa yang mampu saya kirimkan untuk anda berdua.
Puan Nor Basirah,
Terima kasih untuk segalanya. Nasihat anda, teguran anda, semangat yang anda tiupkan pada saya, pasti saya akan kenang sampai bila-bila. Mengenali anda sejak di bangku sekolah menyebabkan saya begitu selesa bersama anda.
Tidak pandai untuk saya memberi nasihat pada anda kerana anda lebih tahu dan arif dari saya, tapi sekadar perkongsian bersama. Orang bijak pandai pernah berkata, “Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”.
Sahabat,
Ustaz Pahrol pernah berkata, Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!
Sahabat,
Cinta adalah rahsia Tuhan,
Cinta adalah jiwa ciptaan,
Cinta merupakan satu saluran menjalinkan insan mengenal erti kehidupan,
Cinta itu jambatan buat menyeberang lautan dalam perasaan,
Cinta bukan mainan,
Cinta adalah puncak rasa yang paling tertinggi,
Cinta berumah di hati dalam menanti hadirnya insan bergelar kekasih
p/s: Bercintalah smapai ke syurga~ Doakan saya pulak yer :)
No comments:
Post a Comment