Daripada Abdullah bin Abbas r.a telah meriwayatkan, sabda Rasullullah s.a.w: “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang ditinggalkan (kosong)”.
Oleh itu, sebaik-baik hamba itu ia membaca al-Quran serta mendalami, mengkaji dan menghayati segala kandungannya kemudian mengajarkannya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang membaca al-Quran dan mempelajari isi-isi kandungan ayat-ayat al-Quran itu (dan mengajarkannya kepada orang lain)”.
Alhamdullilah berakhir sudah kelas tadarus. Secebis ilmu pinjaman yang mampu saya kongsikan bersama insan-insan hebat, sebagaimana firman Allah, “Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”.
Sebagai umat Islam kita bukan sahaja perlu membaca Al-Quran namun perlu juga memahami makna, maksud dan terjemahannya disamping membaca dengan betul mengikut hukum tajwid dan makhraj hurufnya,menghafaz ayat-ayat al-Quran atau ayat-ayat terpilih sekadar kemampuan. Dan yang paling utama memahami tafsirannya sehingga dapat direalisasikan atau diamalkan di dalam kehidupan sama ada di peringkat individu, masyarakat mahupun negara.
No comments:
Post a Comment