Sebagai insan yang lemah adakalanya kita pasti membuat khilaf dalam membuat keputusan. Keputusan yang berbau emosi lalu secara tidak langsung akan menjejaskan sesebuah hubungan. Tidak dapat dinafikan, manusia tidak mampu untuk hidup bersendirian. Sedangkan Adam juga kesunyian tatkala Allah menciptakannya. Lalu terciptalah Hawa untuk mengisi ruang kekosongan dihatinya.
Saya: Saya tak nak kawan dengan dia. Saya betul-betul nak buang dia dalam hidup saya.
Sahabat A: Adakah awak ingin tergolong dalam golongan pemutus silaturrahim?
Tersentak seketika dengan pertanyaan tersebut. Mungkin emosi yang merajai hati sehingga terlupa pada hakikat kehambaan. Belajarlah untuk memaafkan insan lain kerana itu membuat dirimu lebih tenang. Pinta saya satu, jangan dimulakan bibit permusuhan di hati, bimbang ia akan merebak menjadi barah yang sukar untuk di ubati.
Silaturrahim itu adalah hubungan kasih sayang dan persaudaraan berteraskan keimanan.
p/s: Terima kasih kepada insan yang sudi mengingatkan.
No comments:
Post a Comment