Tatkala ujian datang menjengah terasa diri ini kerdil. Betapa lemah kudrat insani. Saya perlu menyusun semula perasaan ini, stategi baru perlu di ambil. Benarlah, hidup adalah perjuangan yang tidak pernah berakhir, semakin jauh kaki melangkah semakin banyak dugaan menghimpit rasa. Hanya dengan ketabahan hati dan kekuatan iman, segala kesulitan mampu dileraikan dan akhirnya sinar damai akan menyimbah hati mereka yang redha menerima ketentuan Ilahi.
Ya Allah, kiranya kami kecewa pada hari ini dengan masalah-masalah yang membebani kami, engkau kuatkan jiwa kami untuk menghadapinya kerana mungkin esok engkau telah menyediakan sebuah kebahagiaan untuk kami sebagai hadiah ketabahan kami pada hari ini.
No comments:
Post a Comment