A: Lupa yang esok ulang tahun kelahiran 'rumate' saya.
Saya: Emm, dah berapa lama awak kenal dia?
A: Dah 4 tahun.
Saya: Awak, belanja la dia makan.
A: Perlu ke?
Saya: Perlu.
A: Tapi dia tak kisah pun.
Saya: Mana awak tahu.
A: Sebab setiap kali ulang tahun kelahirannya dia hanya diamkan diri tanpa cakap apa-apa pun.
Saya: Bagaimana kalau perkara yang sama saya lakukan pada awak?
A: Terasa dipinggirkan.
Duhai sahabat, dalam mana-mana ikatan perhubungan haruslah ada rasa toleransi. Give and take. Bersedia untuk memberi bukan hanya menagih untuk anda dilakukan sebegitu. Jangan terlalu sombong dalam sesebuah perhubungan. Hargai mereka yang selalu ada untuk anda. Fahami perasaan mereka.
Adakalanya mereka ingin rasa untuk di hargai, di mesra, di belai, di ambil peduli.
Namun, ingatlah tatkala mereka sudah menjauhi dari anda. Jangan harapkan untuk mereka kembali semula ke sisi anda. Mungkin waktu itu, mereka sudah temui pelangi yang mampu membuat mereka lebih bahagia. Pelangi yang setia memberi sinar warnanya seusai hujan disertai guruh dan kilat. Dan percayalah, pada ketika itu, mereka tidak akan berpaling lagi pada anda lagi kerana mereka sudah temui pelangi yang sentiasa membuat mereka tersenyum indah.
No comments:
Post a Comment