Saturday, December 3, 2011
:thank you:
Kurang dari 15 hari jawatan yang saya sandangkan pasti akan saya lepaskan. Alhamdullilah ala kulli hal. Tidak pernah tergerak dalam hati ini untuk memegang jawatan sebesar itu. Namun, itulah caturan Allah. Antara redha dan terpaksa.
Di permulaannya memang ujian yang getir perlu saya hadapi. Jatuh dan bangun bersendirian. Sehinggalah datang insan-insan yang istimewa dihati ini dan kehadiran mereka ibarat anugerah untuk saya.
Terima kasih kerana sudi untuk meminjamkan bahu untuk bersandar seketika ketika diri mulai keletihan. Terima kasih kerana sudi meminjamkan tangan untuk berpaut ketika diri hampir tersungkur. Terima kasih kerana sudi meminjamkan telinga untuk mendengar segala keluh kesah yang terbuku dijiwa ini. Terima kasih kerana sudi meminjamkan semangat ketika diri mulai terasa lemah dengan ujian. Terima kasih kerana sudi meminjamkan hati untuk merasai kesakitan yang terpendam disanubari ini.
Jasa kalian hanya Allah yang membalasnya.
Labels:
MRC story
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment