Tahun 2011 telah berlalu dan datanglah sinar mentari 2012. Selamat datang tahun 2012. Kali ini perubahan untuk 'mentarbiah diri' amat perlu untuk membaiki kelompongan diri ini.
Ya Allah, Bantulah diri ini dan jangan biarkan diri ini mengemudi bahtera kehidupan sendirian kerana saya khuatir saya akan tersasar dari destinasi yang abadi kerana adakalanya badai itu terlalu ganas hingga hampir menenggelamkan bahtera ini.
Sahabat-sahabatku sekalian, berikan nasihat dan berlemah lembutlah dalam menasihati diri ini. Semoga perubahan ini mampu memberi impak bukan sahaja pada diri tapi juga ummat ini. InsyaAllah.
Dan inilah, monolog hatiku.
No comments:
Post a Comment