Semusim bersama, seabad terasa. Kata-kata yang sering di dengari. Walaupun perkenalan yang tercipta hanya sebentar namun ia mengamit beribu kenangan bersama. Susah dan senang dilalui bersama. Terluka dan tercedera dirasai bersama. Tersenyum dan ketawa diukir bersama. Segalanya bermula atas nama persahabatan. Dibina tali persahabatan dengan rasa keikhlasan lalu dikuatkan lagi dengan rasa kebersamaan.
Perjalanan sebenar perjuangan bermula pada 17 January hingga 23 January 2012. Walaupun pelbagai rintangan berlaku namun kita berjaya menyempurnakan cerita persahabatan kita.
UMS (Universiti Malaysia Sabah)
Mengenali salah sebuah IPTA yang berada jauh dari tanah semenanjung Malaysia membuat saya teruja. Teringin untuk melihat institusi pendidikan yang telah berjaya melahirkan graduannya yang tersendiri. Saya kagum dengan kelebihan yang dimiliki oleh UMS. Lokasinya yang berdekatan dengan laut malah mempunyai akuariumnya sendiri untuk menempatkan pelbagai khazanah laut. Dalam usaha UMS untuk merakamkan sejarah UMS itu sendiri, yang mana bermula dari sejarah awal pembinaannya hinggalah pencapaian tertinggi UMS, mereka berjaya membina muzium yang menyimpan seribu satu rahsia dan khazanah UMS.
Sekolah Menengah Taun Gusi
Program di Sekolah yang betul-betul mencabar malah menguji tahap emosi kami semua. Berurusan dengan manusia adakalanya sangat meletihkan. Namun, setiap kesabaran pasti terbayar. Dan keletihan kami terbayar dengan wajah ceria adik-adik Sekolah Menengan Taun Gusi.
Kundasang dan Ranau
Antara tempat persinggahan menarik untuk dilawati. Melihat, meneroka, dan meneliti keindahan alam ciptaan Allah ini. Ya, kita hamba dan dialah pencipta kita. Allahuakbar. Makin meneroka alam ini, makin saya sedari keupayaan kita terbatas. Tak mungkin untuk kita mencipta gunung yang cengkamannya kukuh dipasak bumi. Tak mungkin kita mencipta langit yang tak pernah rebah menyembah bumi sekalipun tiada tiang untuk ia bergantung. Itulah kehebatan dan keagungan Illahi.
Rumah anak-anak yatim putera harapan
Ketiadaan ibubapa bukan penghalang untuk anak-anak ini tidak berhak menerima kasih sayang dari insan lain. Bukan kehendak mereka untuk dibesarkan dengan keadaan begitu. Sebagai komuniti Islam, anak-anak ini perlukan perhatian kita. Kenakalan mereka kerana mereka mahukan perhatian kita. Mereka perlukan sokongan dan semangat untuk meniti hari-hari mendatang. Doa kami semua sentiasa mengiringi adik-adik. Semoga adik-adik mampu menjadi insan yang berjaya.
Pulau-pulau di Sabah
Antara pulau yang bertuah untuk kami jejaki ialah pulau Mamutik, Manukan dan Gaya. Setiap pulau mempuyai keistimewaan sendiri. Di pulau Mamutik, kami melakukan aktiviti kemasyarakatan dimana kami membersihkan tanah perkuburan. Secara tak langsung kami sedar yang hidup ini hanyalah sementara dan ada lagi kehidupan yang lebih kekal. Di Pulau Manukan pula, aktiviti snorkeling dijalankan. Melihat secara dekat ciptaan Allah. SubhanaAllah. Namun, Pulau Gaya yang paling menarik perhatian kerana disitulah terletak penempatan manusia. Sebuah kampung yang berada di atas air. Sedang ikan pula asyik berenang di bawah rumah. Menarik dan terhibur kerana saya betul-betul berada di kawasan rumah air itu.
Kenangan itu pasti akan kita rakamkan sebagai kenangan terindah. Dan disinilah memori tercipta.
1 comment:
akk.
kt brsihkn kbur d pulau manukan la.
):
Post a Comment