Sunday, May 27, 2012

:fahami dia:

Dalam kesibukkan melayan perasaan dan memikirkan erti kehidupan, saya disapa oleh pertanyaan dari seorang sahabat.

Sahabat B: Dia dah lain sekarang ni, banyak sangat berubah.

Saya: Berubah macam mana? 

Sahabat B: Dia dah jarang dengan saya. Dia banyak spent time dengan orang lain. Susah sangat nak jumpa dia. 

Saya: Kenapa? Tahu sebabnya? 

Sahabat B: Sejak dia jumpa kawan baru dia mula lupakan saya. 

Saya: Awak pernah cuba untuk dekati dia semula? 

Sahabat B: Kenapa saya yang perlu dekati dia? Sedangkan dia yang menjauhi saya. 

Saya: Andai itu jawapan awak, bersedia untuk kehilangan dia selamanya. 

Sahabat B: Dia yang patut jumpa dan tegur saya dulu. 

Saya: Gunakan akal dalam bertindak, bukan emosi. 

Duhai rakan, pesanan saya hanya satu. Jangan terlalu ego dalam persahabatan. Andai sayangkan dia tawan hatinya kembali. Bukan mudah dia berlalu begitu sahaja, andai hatinya sudah tertawan dengan anda. Pernah anda tahu isi hatinya, suka dukanya, rajuknya. 

Andai anda sahaja yang mahu dia fahami anda tanpa secebis pun ada perasaan untuk anda cuba fahami dirinya, mahukan dia melayan keegoaan sehingga dia mengalah pada setiap masa, mahukan dia mengikut segala kemahuan anda tanpa pernah anda tanya keperluannya. Bersedialah untuk kehilangannya. Tatkala dia berjumpa dengan insan-insan yang lebih menghargai dirinya, boleh menerima kekurangan dirinya, sentiasa membantunya, saya pasti hatinya akan berubah. 

Dia insan biasa. Usah terlalu memujanya kerana kecantikkan kerana ia akan dimakan usia, usah terlalu memujanya kerana kecerdikannya itu bukan miliknya. Belajar menerimanya seadanya. Jangan terlalu menyalahkan dia, mungkin dia pergi kerana hatinya sudah tawar dalam persahabatan ini. Tawan hatinya kembali. Turunkan ego. 

ntuk sahabat-sahabatku, ukhuwah kita keranaNya.

No comments: