Friday, October 19, 2012

:‘Taman budi dan ilmu’:

6 tahun saya bersama ‘taman budi dan ilmu’. Jangka masa yang terlalu lama bagi sesetengah pihak tapi tidak bagi saya. Terasa baru semalam saya bersama taman ini. 

Taman yang banyak mematangkan saya. Taman yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Taman yang banyak memperkenalkan saya erti kehambaan. Taman yang banyak memperkenalkan saya erti tanggungjawab. Taman yang banyak memperkenalkan saya erti kemanusian. 

Saya terlalu sayangkan taman ini. Kenangan bersamanya terlalu indah. Terasa diri ini masih mentah untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Masih banyak ruang kosong dalam diri ini. Ilmu terlalu cetek. Pengalaman masih kurang. 

Namun, saya akui saya harus ke hadapan untuk menghadapi realiti kehidupan. Saya tidak boleh lari dari realiti kehidupan. Mahu atau tidak saya perlu berani. ‘What you get from this university, give back to this ummah. They need you’, monolog sendirian. 



No comments: